Wednesday, 13 November 2019
Friday, 8 November 2019
Kumpulan e-Best menyertai Konvensyen KIK UiTM 2019
18:26:00 Administrator
5-7 November 2019 - Kumpulan KIK PTAR E-Best telah mewakili UiTM zon utara untuk menyertai pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM 2019 bertempat di Hotel UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun. Turut bersama dari UiTM Cawangan Perak ialah kumpulan VORTEC dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU).
Kumpulan E-Best membawa projek inovasi EZ-BIND iaitu mempercepatkan pinjaman bahan rosak oleh pelanggan dibawah kategori sosial. Kumpulan telah memperolehi anugerah perak pada pertandingan tersebut.
Konvensyen ini juga disertai oleh enam zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak yang mana sebanyak 19 kumpulan akan bertanding. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 300 orang termasuk pemerhati dan urusetia dari seluruh UiTM.
Kumpulan E-Best membawa projek inovasi EZ-BIND iaitu mempercepatkan pinjaman bahan rosak oleh pelanggan dibawah kategori sosial. Kumpulan telah memperolehi anugerah perak pada pertandingan tersebut.
Di harap hasil inovasi oleh kumpulan KIK UiTM dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada UiTM.
Tuesday, 5 November 2019
Lawatan Sambil Belajar Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Perak Tengah ke PTAR UiTM Cawangan Perak
17:49:00 Administrator
4 November 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar telah menerima lawatan dari Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Perak Tengah. Lawatan telah disampaikan oleh Pn. Jamilah Md Yusoff selaku Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Maklumat serta dibantu oleh En Zulkifli dan En Mohd Azhari.
Seterusnya pelawat juga turut dibawa melihat sekitar perpustakaan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga perkongsian ilmu ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Thursday, 31 October 2019
Tahniah Kenaikan Pangkat Staf Perpustakaan UiTM Cawangan Perak
19:03:00 Administrator
23 Oktober 2019 - SEKALUNG TAHNIAH kepada 3 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan yang telah menerima kenaikan pangkat kanan pada bulan Oktober 2019 iaitu;
1. Encik Hamdan B. Hashim - Pembantu Pustakawan Kanan (Kampus Seri Iskandar)
2. Cik Noor Faridatul Akhma Bt. Abu Bakar - Pembantu Pemuliharaan Kanan (Kampus Seri Iskandar)
3. Encik Mohamed Zaid Zainal Akhir - Pembantu Pustakawan Kanan (Kampus Tapah)
1. Encik Hamdan B. Hashim - Pembantu Pustakawan Kanan (Kampus Seri Iskandar)
2. Cik Noor Faridatul Akhma Bt. Abu Bakar - Pembantu Pemuliharaan Kanan (Kampus Seri Iskandar)
3. Encik Mohamed Zaid Zainal Akhir - Pembantu Pustakawan Kanan (Kampus Tapah)
Sunday, 7 July 2019
Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
21:31:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
17- 18 April 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR
Kampus Tapah bertempat di tingkat satu PTAR Kampus Tapah. Objektif program ini
adalah memberi pengetahuan mengenai perpustakaan kepada para pelajar khususnya
di UiTM Kampus Tapah, mengeratkan hubungan antara pengguna dan juga pihak pengurusan
perpustakaan dan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh
perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah word search, ddakji game, teka lukisan peribahasa, snake and ladder
games, feedback board, roda impian, shelving
game, mystery box, e-games (counter-strike), permainan santai (catur, batu
seremban, congkak, dam aji, permainan lidi) dan Anugerah Pengunjung
Perpustakaan tertinggi. Majlis perasmian penutup Hari Bertemu Pelanggan 2019
telah dirasmikan oleh Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Tapah, Puan Aida
Rousli.
Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Quiz Pameran
21:28:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Program Read@Uni PTAR Tapah: Quiz Pameran.
Program ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer
dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan
ini adalah untuk memberi maklumat umum kepada pelajar melalui pameran dan memberi
soalan untuk pemahaman, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan
dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan dan sebagai
salah satu aktiviti perpustakaan untuk memeriahkan suasana PTAR Kampus Tapah. Pertandingan
ini berdasarkan pameran perpustakaan yang bertajuk “Go Green”. Pelajar perlu
mengimbas QR code yang disediakan untuk Quiz Pameran dan menjawab soalan
melalui atas talian. Antara quiz berkenaan pameran tersebut adalah berikan
maksud “Go Green” secara amnya dan berikan warna tong sampah kitar semula
bersama maksudnya. Pelajar juga perlu melengkapkan slogan besuai untuk Go Green
2019.
Library Tour Sesi Januari 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
21:25:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah mengadakan lawatan barpandu untuk pelajar kemasukan
baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Lawatan Berpandu ini adalah bertujuan
untuk membawa pelajar baru melawat perpustakaan, menerangkan perkhidmatan dan
kemudahan perpustakaan serta menunjukkan koleksi perpustakaan. Lawatan
berpandu ini berlangsung selama 2 jam mengikut
fakulti yang telah disampaikan oleh semua pembantu pustakawan. Sesi ini diharap
dapat memberi panduan serta gambaran jelas kepada pelajar - pelajar interim
untuk mencari maklumat yang betul dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan
secara optimum.
Pertandingan Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Ulasan Buku
21:21:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan penyampaian hadiah untuk
Pertandingan Read @Uni PTAR Tapah 2019 –
Ulasan Buku. Pertandingan ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti
Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif
pertandingan ini adalah menggalakkan pelajar meminjam buku daripada
perpustakaan, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan dan pihak
perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan serta memberi
pendedahan kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi
cadangan tentang isi kandungan sesuatu buku. Di dalam pertandinngan ini,
pelajar perlu meminjam tiga buah buku fiction
dan nonfiction dan kemudian membuat
ulasan tentang buku tersebut. Di sini, dapat dilihat bagaimana kefahaman
pelajar terhadap buku tersebut serta pendapat pelajar tentang isi kandungan
buku. Enam pemenang dengan ulasan buku yang kreatif telah dipilih untuk
pertandingan tersebut dan menerima hadiah lumayan.
Modul Interim Sesi Januari 2019 (Modul LSC 102, LMS 300 & LMS 301) PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
21:17:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan
Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul
Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul
Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada
tarikh ini telah dijalankan tiga modul interim iaitu LSC 102: Online Database
for Literature, LMS 300: Reference Management Software- Endnote dan LMS 301: Reference Management Software-
Mendeley. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh
Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli dibantu oleh pembantu pustakawan. Sesi ini
diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari
maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















