Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Tuesday 18 July 2017

Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 anjuran PTAR Kampus Tapah




Pada 11 & 12 Julai 2017 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 bertempat di Makmal Komputer PTAR Kampus Tapah.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah. Objektif bengkel ini adalah memberi latihan secara teori dan praktikal kepada para pensyarah UiTM agar dapat mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan serta memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan serta berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.

Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 telah dihadiri 40 orang staf termasuk staf akademik dan staf perpustakaan. Pangkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Emerald Premium dan Proquest oleh pembekal pangkalan data tersebut. Sesi perkongsian ilmu, asas penggunaan Mendeley juga disampaikan Puan Nur Aqilah Russli, Pustakawan Unit Jurnal dan Pangkalan Data, PTAR Kampus Tapah.