Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 5 December 2012

Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012



Kumpulan Bestari dari Perpustakaan dan Kreavitec dari Fakuilti Senilukis dan Senireka akan mewakili UiTM (Perak) ke Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012
  • Tarikh         :     8 - 11 Disember 2012 (Sabtu - Selasa)
  • Tempat        :     Bukit Gambang City, Resort, Gambang Pahang.
  • Penganjur    :     UiTM Pahang
 Kumpulan yang menyertai adalah:
  1. Kumpulan KIK BESTARI, UiTM Perak
  2. Kumpulan KIK ADAM, UiTM Perlis
  3. Kumpulan KIK KREAVITEC, UiTM Perak
  4. Kumpulan KIK JERAMI, UiTM Kedah
  5. Kumpulan KIK BFIT, UiTM Kedah
  6. Kumpulan KIK PARADIGMA, UiTM Kelantan
  7. Kumpulan KIK PINNACLE, UiTM Pahang
  8. Kumpulan KIK KREAVASI, UiTM Kelantan
  9. Kumpulan KIK REACH, UiTM Pahang
  10. Kumpulan KIK IQRA', UiTM Pahang
  11. Kumpulan KIK C-NAR UNGU, UiTM Terengganu
  12. Kumpulan KIK C7, UiTM Terengganu
  13. Kumpulan KIK FASTMAX, UiTM Kelantan
  14. Kumpulan KIK OPTIMUS, Pusat Latihan, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
  15. Kumpulan KIK BARA, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
  16. Kumpulan KIK FANTASTIC 8, Pusat Kesihatan, HEP, UiTM Shah Alam
  17. Kumpulan KIK PELANGI, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam
  18. Kumpulan KIK 1Q, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam
  19. Kumpulan KIK I-CARE, Pusat Kerjaya & Kaunseling, HEP, UiTM Shah Alam
  20. Kumpulan KIK BELIAN, UiTM Sarawak
  21. Kumpulan KIK UK5, UiTM Sabah
  22. Kumpulan KIK AKAR, UiTM Johor
  23. Kumpulan KIK INFO TEAM, UiTM Johor
  24. Kumpulan KIK SEVEN, UiTM Melaka
         

Friday 2 November 2012

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Perpustakaan



Bangunan Perpustakaan kini dalam proses pengubahsuaian yang telah bermula pada 1 November 2012 sehingga 27 Februari 2013. Proses ini melibatkan keseluruhan aras bangunan Perpustakaan yang bermula dari aras 2. Ini akan melibatkan penutupan beberapa perkhidmatan di aras 2 iaitu;
  • Perkhidmatan Bilik It
  • Perkhidmatan Bilik Perbincangan dan Bilik Taklimat
  • Koleksi Agama, Rujukan dan Majalah Berjilid

Wednesday 26 September 2012

Kumpulan KIK BESTARI Johan di Mini Konvensyen KIK Zon Utara 2012, di UiTM (Perak)


Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Bestari di atas kejayaan dan usaha mereka di MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 yang dijalankan pada 24-25 Sept 2012 di UiTM (Perak).

Berikut adalah keputusan penuh di MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 :-
•Johan Keseluruhan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
•Johan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
•Kedua: Kumpulan ADAM (dari UiTM Perlis)
•Ketiga: Kumpulan Kreavitec (UiTM Perak)

Disamping itu juga kumpulan Bestari memenangi anugerah Inovasi ICT Terbaik.






Wednesday 8 August 2012

Lawatan Audit Pensijilan QE/5S dari MPC



Perpustakaan UiTM (Perak) telah diaudit oleh pihak MPC pada 3 Ogos 2012 dan berjaya menerima pensijilan QE/5S sekaligus merupakan Bahagian yang pertama dalam mendapatkan Persijilan 5S.
Syabas dan tahniah kepada semua warga Perpustakaan dan UiTM (Perak) di atas usaha serta komitmen dalam kerja berpasukan yang tinggi sehingga berjaya dengan jayanya. Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dicontohi oleh pihak yang lain dalam usaha bersama kearah meningkatkan kecemerlangan organisasi.
Syabas dan Tahniah!!






Friday 30 March 2012

Gambar : Lawatan "Benchmarking" Kumpulan Paradigma di Perpustakaan UiTM Perak


Seramai 2 orang Ahli Kumpulan KIK Paradigma mengadakan benchmarking projek KIK ke Perpustakaan UiTM Perak pada 7 Mac 2012 (9.00 pagi - 12.00 tengahari).


Adalah diharapkan menerusi lawatan ini kumpulan Bestari, Perpustakaan UiTM Perak dan Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis dapat bertukar fikiran serta berkongsi idea disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara kedua pihak.








Friday 9 March 2012

Tuesday 24 January 2012

Kempen sumbangan bahan bacaan 1 Warga 1 Buku


Perpustakaan dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Perak telah mengadakan perasmian Kempen Sumbangan Bahan Bacaan ke Perpustakaan UiTM Perak pada 20 Januari 2012 bertempat di foyer Perpustakaan. Kempen tersebut bertemakan 1 Warga 1 Buku telah mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari warga UiTM Perak.

Projek ini adalah dibawah Inisiatif Kampus Lestari,  strategi Warga Sejahtera.  Pihak PJI dan Perpustakaan amat mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada semua warga kampus bagi menjayakan inisiatif ini. Bahan bacaan ( yang tidak digunakan / ingin disumbangkan)  terdiri daripada pelbagai kateori seperti buku akademik, majalah, bahan bacaan ringan seperti novel, buku cerita, buku kanak-kanak dan lain-lain - Timbalan Rektor PJI.
Kempen ini akan berlangsung sehingga penghujung bulan April 2012 bagi memberi ruang kepada warga kampus untuk menyumbangkan bahan bacaan masing-masing. Sumbangan boleh di serahkan di Pejabat Perpustakaan UiTM Perak.

Friday 13 January 2012

Otak Einstein jadi rebutan saintis


SUSAHNYA menjadi orang genius! Sudah meninggal dunia pun otaknya masih menjadi buruan untuk dikaji. Setelah lebih separuh abad meninggal dunia, otak saintis genius fizik yang terkenal dengan Teori Relativiti Umum, Teori Relativiti Khas dan Kesan Fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Anna Dhody, kurator muzium tersebut menyatakan dalam satu temubual Yahoo!News bahawa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein. Keratan berkenaan telah didermakan oleh pakar neuropatologi kanan Hospital Kanak-Kanak Philadelphia AS, Dr. Lucy Rorke-Adams. Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan di bawah bawah mikroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut.

Anna Dorby berharap melalui pameran itu ia dapat mendorong ramai pengunjung dan peminat sains mengkaji tentang sains dan fisiologi otak. Sejumlah 45 bahagian otak Einstein itu telah melalui perjalanan yang sangat unik. Ia bermula dari kematian saintis tersohor itu pada tahun 1955 akibat abdominal aneurism dan otaknya diambil tujuh jam selepas kematiannya.

Tuesday 3 January 2012

Lawatan Penandaarasan Ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor


TARIKH/HARI : 29 Disember 2011/Khamis
MASA : 3.10 petang – 5.00 petang
LOKASI : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
JABATAN : Semua Staf Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, Tapah dan Teluk Intan
TUJUAN : Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat penanda arasan ke perpustakaan luar dalam merealisasikan penzahiran perkhidmatan yang berprestasi tinggi.