Showing posts with label Aktiviti Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Perpustakaan. Show all posts
Sunday, 7 July 2019
17- 18 April 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR
Kampus Tapah bertempat di tingkat satu PTAR Kampus Tapah. Objektif program ini
adalah memberi pengetahuan mengenai perpustakaan kepada para pelajar khususnya
di UiTM Kampus Tapah, mengeratkan hubungan antara pengguna dan juga pihak pengurusan
perpustakaan dan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh
perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah word search, ddakji game, teka lukisan peribahasa, snake and ladder
games, feedback board, roda impian, shelving
game, mystery box, e-games (counter-strike), permainan santai (catur, batu
seremban, congkak, dam aji, permainan lidi) dan Anugerah Pengunjung
Perpustakaan tertinggi. Majlis perasmian penutup Hari Bertemu Pelanggan 2019
telah dirasmikan oleh Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Tapah, Puan Aida
Rousli.
Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Quiz Pameran
21:28:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Program Read@Uni PTAR Tapah: Quiz Pameran.
Program ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer
dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan
ini adalah untuk memberi maklumat umum kepada pelajar melalui pameran dan memberi
soalan untuk pemahaman, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan
dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan dan sebagai
salah satu aktiviti perpustakaan untuk memeriahkan suasana PTAR Kampus Tapah. Pertandingan
ini berdasarkan pameran perpustakaan yang bertajuk “Go Green”. Pelajar perlu
mengimbas QR code yang disediakan untuk Quiz Pameran dan menjawab soalan
melalui atas talian. Antara quiz berkenaan pameran tersebut adalah berikan
maksud “Go Green” secara amnya dan berikan warna tong sampah kitar semula
bersama maksudnya. Pelajar juga perlu melengkapkan slogan besuai untuk Go Green
2019.
Library Tour Sesi Januari 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
21:25:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah mengadakan lawatan barpandu untuk pelajar kemasukan
baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Lawatan Berpandu ini adalah bertujuan
untuk membawa pelajar baru melawat perpustakaan, menerangkan perkhidmatan dan
kemudahan perpustakaan serta menunjukkan koleksi perpustakaan. Lawatan
berpandu ini berlangsung selama 2 jam mengikut
fakulti yang telah disampaikan oleh semua pembantu pustakawan. Sesi ini diharap
dapat memberi panduan serta gambaran jelas kepada pelajar - pelajar interim
untuk mencari maklumat yang betul dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan
secara optimum.
Pertandingan Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Ulasan Buku
21:21:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan penyampaian hadiah untuk
Pertandingan Read @Uni PTAR Tapah 2019 –
Ulasan Buku. Pertandingan ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti
Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif
pertandingan ini adalah menggalakkan pelajar meminjam buku daripada
perpustakaan, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan dan pihak
perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan serta memberi
pendedahan kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi
cadangan tentang isi kandungan sesuatu buku. Di dalam pertandinngan ini,
pelajar perlu meminjam tiga buah buku fiction
dan nonfiction dan kemudian membuat
ulasan tentang buku tersebut. Di sini, dapat dilihat bagaimana kefahaman
pelajar terhadap buku tersebut serta pendapat pelajar tentang isi kandungan
buku. Enam pemenang dengan ulasan buku yang kreatif telah dipilih untuk
pertandingan tersebut dan menerima hadiah lumayan.
Modul Interim Sesi Januari 2019 (Modul LSC 102, LMS 300 & LMS 301) PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
21:17:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan
Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul
Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul
Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada
tarikh ini telah dijalankan tiga modul interim iaitu LSC 102: Online Database
for Literature, LMS 300: Reference Management Software- Endnote dan LMS 301: Reference Management Software-
Mendeley. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh
Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli dibantu oleh pembantu pustakawan. Sesi ini
diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari
maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.
Modul Interim pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019
21:11:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan
baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh
Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan dua modul
interim iaitu LSC100: Introduction to Library Systems dan LSC101: Introduction
to PTAR Electronic Resources. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah
disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli. Sesi ini diharap dapat
memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang
betul untuk tujuan pembelajaran.
Friday, 4 May 2018
Program Hari Mesra Perpustakaan Bulan Mei 2018
00:02:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perak- Pada 2 & 3 Mei 2018, Pihak PTAR Perak kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam kalangan pelajar untuk tahun 2018.
Sepanjang dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, seramai 620 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian, susun buku(shelving), dan juga Treasure hunt, setiap aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan.
Hadiah untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada hari kedua dengan penyampaian hadiah oleh Puan Siti Basriah Shaik Baharudin, Timbalan Pustakawan PTAR Cawangan Perak.
Wednesday, 14 March 2018
Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan
22:24:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan bermula pada 16 Mac 2018 sehingga 31 Julai 2018. Pameran hasil kerjasama bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini menawarkan pengisian berunsurkan pendidikan kewangan menerusi karikatur-karikatur menarik hasil kartunis tersohor, Datuk LAT
Majlis perasmian Pameran LATerasi Kewangan telah dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya dan Pengerusi Tourism Negeri Perak, Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Haji Shafie. Majlis telah berlangsung di Muzium Darul Ridzuan pada 16 Mac 2018.
Peluang untuk sertai pelbagai program-program istimewa yang disediakan. Tidak lupa ber 'swafoto' dengan watak-watak terkenal 'Kampung Boy' sambil belajar.
Thursday, 28 September 2017
Program Hari Mesra Perpustakaan pada 26-27 September 2017
20:18:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri
Iskandar, Perak- Pada 26 dan 27 September 2017, Pihak PTAR Perak kampus Seri
Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan dengan tema “Xplore
Your Library” yang bertujuan untuk
meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam
kalangan pelajar.
Sepanjang
dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang dijalankan, seramai 540 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti
yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak
perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian,
susun buku(shelving), Treasure hunt dan juga pertandingan swafoto, setiap
aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan
aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan. Pameran buku yang terdiri
daripada tujuh syarikat pembekal terlibat di dalam hari mesra perpustakaan pada
kali ini.
Hadiah
untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang
dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada
hari kedua dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan swafoto yang
disampaikan oleh Puan Nor Asiha Binti
Alias, Pustakawan kanan PTAR Perak kampus Seri Iskandar.
Tuesday, 18 July 2017
Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 anjuran PTAR Kampus Tapah
20:34:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Pada 11 & 12 Julai 2017 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 bertempat di Makmal Komputer PTAR Kampus Tapah.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah. Objektif bengkel ini adalah memberi latihan secara teori dan praktikal kepada para pensyarah UiTM agar dapat mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan serta memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan serta berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.
Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 telah dihadiri 40 orang staf termasuk staf akademik dan staf perpustakaan. Pangkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Emerald Premium dan Proquest oleh pembekal pangkalan data tersebut. Sesi perkongsian ilmu, asas penggunaan Mendeley juga disampaikan Puan Nur Aqilah Russli, Pustakawan Unit Jurnal dan Pangkalan Data, PTAR Kampus Tapah.
Thursday, 25 May 2017
Taklimat Perpustakaan Pelajar Baru Sesi Mei 2017
00:13:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan pada Minggu Destini Siswa untuk pelajar kemasukan Diploma Interim sesi Mei 2017. Seramai 1,643 orang pelajar baru telah hadir yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Perakaunan. Taklimat selama 1 jam ini merangkumi kelayakan pinjaman, kemudahan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Hafidz Ahmad, Pembantu Pustakawan.
Monday, 21 November 2016
Program Khidmat Masyarakat Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin
20:09:00 Anonymous
Parit, Perak - Pada 19/11/2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Seramai 10 orang kakitangan PTAR, seorang pelajar latihan industri dan 5 orang pelajar UiTM Perak yang turut sama mengikuti program ini.
Program ini bertujuan untuk menambahbaik pusat sumber yang terdapat di Bait Al-Amin, disamping mengadakan aktiviti/permainan bersama anak-anak disana. Penglibatan anak-anak seramai 40 orang ini amat menggalakkan. Jelas terpampang di riak wajah mereka keceriaan dan kegembiraan mengikuti program ini.
![]() |
| Aktiviti penambahbaikan pusat sumber Bait Al-Amin |
![]() |
| Aktiviti-aktiviti di sepanjang program |
![]() |
| Merakamkan kenangan bersama Encik Rozelan Zamzuri (Pengerusi Bait Al-Amin) |
Friday, 14 October 2016
Hari Eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016
02:30:00 Anonymous
Pada 24 dan 25 Ogos 2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Tapah telah mengadakan hari eksplorasi bersama para pelajar disana. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pelajar pada hari tersebut. Antaranya, Find Me Quizzes, Teka Muka Surat Buku, Teka Berat Buku, Puzzle, Word Search, Roda Impian dan Shelving Game. Sambutan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Hari ekplorasi yang berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh para pengedar buku dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis gerai jual-jualan. Dengan kerjasama dari pihak PTAR Kampus Seri Iskandar, hari eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016 ini telah berlangsung dengan jayanya.
Coretan kenang-kenangan daripada pelajar
Ragam disepanjang Hari Eksplorasi UiTM Tapah 2016
Friday, 10 June 2016
Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal serta Majlis Bacaan Yassin
03:13:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis perpisahan dan bacaan Yaasin telah diadakan pada 03/06/2016 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Shahrizal Akmar yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 10/6/2016.
Program ini juga meraikan tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat pada 30/6/2016. Pelajar tersebut adalah:
1. Farah Nabila Binti Mat Johari (UiTM Puncak Perdana)
2. Nor Artika Binti Monir (UiTM Kedah)
3. Nor Izzati Binti Nasiruddin (UiTM Puncak Perdana)
4. Nur Aliah Binti Zainal (UiTM Puncak Perdana)
5. Mohamad Rafizuddin Bin Zainuddin (UiTM Kedah)
Majlis ini juga disertakan dengan bacaan Yaasin sempena kedatangan Ramadhan daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin. Majlis diakhiri dengan ucapan En. Shahrizal Akmar dan pelajar pratikal. Pihak perpustakaan mengucapkan salam perpisahan dan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini.
Friday, 11 March 2016
Program Ekspresi Seni Jawi Dan Khat 2016
02:38:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Program ini telah diadakan pada 10/03/2016 yang di anjurkan oleh perpustakaan bersama pelajar praktikal bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk semua pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Wednesday, 22 April 2015
Majlis Bacaan Yassin dan Perpisahan Pelajar Praktikal (UNISEL)
00:14:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 22/04/2015 telah diadakan
satu majlis bacaan Yassin beserta majlis perpisahan pelajar praktikal daripada
UNISEL yang menamatkan latihan industri pada 30 April 2015. Pelajar praktikal tersebut
adalah Muhamad Ikhwan Bin Ahmad Jazuli.
Majlis ini juga disertakan dengan
tazkirah daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin dan doa selamat untuk
staff perpustakaan, En. Ismail Bin Salleh yang akan mengerjakan umrah pada 30
April 2015. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar
praktikal dan sumbangan kepada En. Ismail Bin Salleh.
Wednesday, 27 November 2013
Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal pada 22 November 2013
17:14:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 22/11/2013 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Mohamad Ameerul Mohd Isa yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Kedah dan juga tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat. Perpustakaan mengucapkan salam perpisahan
Tuesday, 19 March 2013
Majis Perpisahan Pelajar Praktikal pada 15 Mac 2013
19:34:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 15 Mac yang lalu, satu majlis perpisahan pelajar praktikal telah diadakan di aras 2 bangunan perpustakaan. Ianya telah di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan sumbangan yang telah diberikan selama menjalani latihan praktik disini. Pelajar tersebut adalah ;
- Syuhadah Abd Rahim (UNISEL)
- Nur Atiqah Binti Mohamad Yusof (UiTM Puncak Perdana)
- Norashikin Binti Masidi (UiTM Puncak Perdana)
Pihak perpustakaan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini
Wednesday, 8 August 2012
Lawatan Audit Pensijilan QE/5S dari MPC
19:24:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Perpustakaan UiTM (Perak) telah diaudit oleh pihak MPC pada 3 Ogos 2012 dan berjaya menerima pensijilan QE/5S sekaligus merupakan Bahagian yang pertama dalam mendapatkan Persijilan 5S.
Syabas dan tahniah kepada semua warga Perpustakaan dan UiTM (Perak) di atas usaha serta komitmen dalam kerja berpasukan yang tinggi sehingga berjaya dengan jayanya. Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dicontohi oleh pihak yang lain dalam usaha bersama kearah meningkatkan kecemerlangan organisasi.
Syabas dan Tahniah!!
Tuesday, 24 January 2012
Kempen sumbangan bahan bacaan 1 Warga 1 Buku
18:42:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Perpustakaan dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Perak telah mengadakan perasmian Kempen Sumbangan Bahan Bacaan ke Perpustakaan UiTM Perak pada 20 Januari 2012 bertempat di foyer Perpustakaan. Kempen tersebut bertemakan 1 Warga 1 Buku telah mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari warga UiTM Perak.
Projek ini adalah dibawah Inisiatif Kampus Lestari, strategi Warga Sejahtera. Pihak PJI dan Perpustakaan amat mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada semua warga kampus bagi menjayakan inisiatif ini. Bahan bacaan ( yang tidak digunakan / ingin disumbangkan) terdiri daripada pelbagai kateori seperti buku akademik, majalah, bahan bacaan ringan seperti novel, buku cerita, buku kanak-kanak dan lain-lain - Timbalan Rektor PJI.
Kempen ini akan berlangsung sehingga penghujung bulan April 2012 bagi memberi ruang kepada warga kampus untuk menyumbangkan bahan bacaan masing-masing. Sumbangan boleh di serahkan di Pejabat Perpustakaan UiTM Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)








































