Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Sunday 7 July 2019

Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah



17- 18 April 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR Kampus Tapah bertempat di tingkat satu PTAR Kampus Tapah. Objektif program ini adalah memberi pengetahuan mengenai perpustakaan kepada para pelajar khususnya di UiTM Kampus Tapah, mengeratkan hubungan antara pengguna dan juga pihak pengurusan perpustakaan dan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah word search, ddakji game, teka lukisan peribahasa, snake and ladder games, feedback board, roda impian, shelving game, mystery box, e-games (counter-strike), permainan santai (catur, batu seremban, congkak, dam aji, permainan lidi) dan Anugerah Pengunjung Perpustakaan tertinggi. Majlis perasmian penutup Hari Bertemu Pelanggan 2019 telah dirasmikan oleh Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Tapah, Puan Aida Rousli.

Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Quiz Pameran


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Program Read@Uni PTAR Tapah: Quiz Pameran. Program ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi maklumat umum kepada pelajar melalui pameran dan memberi soalan untuk pemahaman, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan dan sebagai salah satu aktiviti perpustakaan untuk memeriahkan suasana PTAR Kampus Tapah. Pertandingan ini berdasarkan pameran perpustakaan yang bertajuk “Go Green”. Pelajar perlu mengimbas QR code yang disediakan untuk Quiz Pameran dan menjawab soalan melalui atas talian. Antara quiz berkenaan pameran tersebut adalah berikan maksud “Go Green” secara amnya dan berikan warna tong sampah kitar semula bersama maksudnya. Pelajar juga perlu melengkapkan slogan besuai untuk Go Green 2019.

Library Tour Sesi Januari 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan lawatan barpandu untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Lawatan Berpandu ini adalah bertujuan untuk membawa pelajar baru melawat perpustakaan, menerangkan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta menunjukkan koleksi perpustakaan.     Lawatan berpandu  ini berlangsung selama 2 jam mengikut fakulti yang telah disampaikan oleh semua pembantu pustakawan. Sesi ini diharap dapat memberi panduan serta gambaran jelas kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara optimum.

Pertandingan Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Ulasan Buku



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan penyampaian hadiah untuk Pertandingan Read @Uni  PTAR Tapah 2019 – Ulasan Buku. Pertandingan ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan ini adalah menggalakkan pelajar meminjam buku daripada perpustakaan, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan serta memberi pendedahan kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi cadangan tentang isi kandungan sesuatu buku. Di dalam pertandinngan ini, pelajar perlu meminjam tiga buah buku fiction dan nonfiction dan kemudian membuat ulasan tentang buku tersebut. Di sini, dapat dilihat bagaimana kefahaman pelajar terhadap buku tersebut serta pendapat pelajar tentang isi kandungan buku. Enam pemenang dengan ulasan buku yang kreatif telah dipilih untuk pertandingan tersebut dan menerima hadiah lumayan.

Modul Interim Sesi Januari 2019 (Modul LSC 102, LMS 300 & LMS 301) PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan tiga modul interim iaitu LSC 102: Online Database for Literature, LMS 300: Reference Management Software- Endnote  dan LMS 301: Reference Management Software- Mendeley. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli dibantu oleh pembantu pustakawan. Sesi ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.


Modul Interim pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan dua modul interim iaitu LSC100: Introduction to Library Systems dan LSC101: Introduction to PTAR Electronic Resources. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli. Sesi ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.