Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Quiz Pameran
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Program Read@Uni PTAR Tapah: Quiz Pameran.
Program ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer
dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan
ini adalah untuk memberi maklumat umum kepada pelajar melalui pameran dan memberi
soalan untuk pemahaman, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan
dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan dan sebagai
salah satu aktiviti perpustakaan untuk memeriahkan suasana PTAR Kampus Tapah. Pertandingan
ini berdasarkan pameran perpustakaan yang bertajuk “Go Green”. Pelajar perlu
mengimbas QR code yang disediakan untuk Quiz Pameran dan menjawab soalan
melalui atas talian. Antara quiz berkenaan pameran tersebut adalah berikan
maksud “Go Green” secara amnya dan berikan warna tong sampah kitar semula
bersama maksudnya. Pelajar juga perlu melengkapkan slogan besuai untuk Go Green
2019.
0 comments:
Post a Comment