Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Monday 21 November 2016

Program Khidmat Masyarakat Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin


Parit, Perak - Pada 19/11/2016 yang lalu,  pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Seramai 10 orang kakitangan PTAR, seorang pelajar latihan industri dan 5 orang pelajar UiTM Perak yang turut sama mengikuti program ini. 

Program ini bertujuan untuk menambahbaik pusat sumber yang terdapat di Bait Al-Amin, disamping mengadakan aktiviti/permainan bersama anak-anak disana. Penglibatan anak-anak seramai 40 orang ini amat menggalakkan. Jelas terpampang di riak wajah mereka keceriaan dan kegembiraan mengikuti program ini. 

Aktiviti penambahbaikan pusat sumber Bait Al-Amin

Aktiviti-aktiviti di sepanjang program

Merakamkan kenangan bersama Encik Rozelan Zamzuri (Pengerusi Bait Al-Amin)








Friday 14 October 2016

Hari Eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016


Pada 24 dan 25 Ogos 2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Tapah telah mengadakan hari eksplorasi bersama para pelajar disana. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk  para pelajar pada hari tersebut. Antaranya, Find Me Quizzes, Teka Muka Surat Buku, Teka Berat Buku, Puzzle, Word Search, Roda Impian dan Shelving Game. Sambutan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Hari ekplorasi yang berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh para pengedar buku dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis gerai jual-jualan. Dengan kerjasama dari pihak PTAR Kampus Seri Iskandar, hari eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016 ini telah berlangsung dengan jayanya.




Coretan kenang-kenangan daripada pelajar 






Ragam disepanjang Hari Eksplorasi UiTM Tapah 2016 



Friday 5 August 2016

Lawatan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)


Pada 4 Ogos 2016, Satu Lawatan Kerja oleh Ketua Pustakawan UiTM - EN. NOOR HIDAYAT BIN ADNAN diiringi Timbalan Ketua Pustakawan - EN. MOHAMAD HAMIDI MOHD JAIS ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak bersempena dengan Siri Lawatan Kerja Ketua Pustakawan ke seluruh Perpustakaan UiTM 2016.

Tujuan lawatan bagi melihat perkembangan dan pencapaian Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak serta menyampaikan halatuju 2016

Friday 10 June 2016

Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal serta Majlis Bacaan Yassin



Satu majlis perpisahan dan bacaan Yaasin telah diadakan pada 03/06/2016 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Shahrizal Akmar yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 10/6/2016.

Program ini juga meraikan tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat pada 30/6/2016. Pelajar tersebut adalah:

1. Farah Nabila Binti Mat Johari (UiTM Puncak Perdana)
2. Nor Artika Binti Monir (UiTM Kedah)
3. Nor Izzati Binti Nasiruddin (UiTM Puncak Perdana)
4. Nur Aliah Binti Zainal (UiTM Puncak Perdana)
5. Mohamad Rafizuddin Bin Zainuddin (UiTM Kedah)

Majlis ini juga disertakan dengan bacaan Yaasin sempena kedatangan Ramadhan daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin. Majlis diakhiri dengan ucapan En. Shahrizal Akmar dan pelajar pratikal. Pihak perpustakaan mengucapkan salam perpisahan dan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini.

Friday 11 March 2016

Program Ekspresi Seni Jawi Dan Khat 2016


Program ini telah diadakan pada 10/03/2016 yang di anjurkan oleh perpustakaan bersama pelajar praktikal bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk semua pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.



Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.