Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 27 November 2019

Lawatan Penanda Aras dari Politeknik Brunei ke PTAR UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar




Lawatan secara santai dari delegasi Politeknik Brunei, Brunei. Terdiri dari pelbagai latar belakang dan jabatan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar pada 26 November 2019.

Tujuan lawatan adalah lawatan balas balik (delegasi UiTM Cawangan Perak pernah mengadakan dua lawatan bagi mengadakan MOU antara UiTM dan Politeknik Brunei)

Wednesday 13 November 2019

Audit Pematuhan 9 Bidang Dalam COPIA di PTAR UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.




14 November 2019 - Audit Pematuhan 9 Bidang Dalam COPIA di PTAR UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar oleh 2 orang auditor dalaman yang dilantik. Skop audit merangkumi silibus dan kemudahan perpustakaan agar memastikan kualiti program dan pengurusan akademik menjadi lebih mantap . Pn. Jamilah Md Yusoff , Pustakawan Kanan selaku Pengawai pengiring.





Friday 8 November 2019

Kumpulan e-Best menyertai Konvensyen KIK UiTM 2019


5-7 November 2019 - Kumpulan KIK PTAR E-Best telah mewakili UiTM zon utara untuk menyertai pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) UiTM 2019 bertempat di Hotel UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun. Turut bersama dari UiTM Cawangan Perak ialah kumpulan VORTEC dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU).

 Kumpulan E-Best membawa projek inovasi EZ-BIND iaitu mempercepatkan pinjaman bahan rosak oleh pelanggan dibawah kategori sosial. Kumpulan telah memperolehi anugerah perak pada pertandingan tersebut.






Konvensyen ini juga disertai oleh enam zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak yang mana sebanyak 19 kumpulan akan bertanding. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 300 orang termasuk pemerhati dan urusetia dari seluruh UiTM.

Di harap hasil inovasi oleh kumpulan KIK UiTM dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada UiTM.

Tuesday 5 November 2019

Lawatan Sambil Belajar Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Perak Tengah ke PTAR UiTM Cawangan Perak



4 November 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar telah menerima lawatan dari Sekolah-Sekolah Kurang Murid Daerah Perak Tengah. Lawatan  telah disampaikan oleh Pn. Jamilah Md Yusoff selaku Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Maklumat serta dibantu oleh En Zulkifli dan En Mohd Azhari. 

Seterusnya pelawat juga turut dibawa melihat sekitar perpustakaan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga perkongsian ilmu ini memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.