Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Friday 8 November 2019

Kumpulan e-Best menyertai Konvensyen KIK UiTM 2019


5-7 November 2019 - Kumpulan KIK PTAR E-Best telah mewakili UiTM zon utara untuk menyertai pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) UiTM 2019 bertempat di Hotel UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun. Turut bersama dari UiTM Cawangan Perak ialah kumpulan VORTEC dari Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU).

 Kumpulan E-Best membawa projek inovasi EZ-BIND iaitu mempercepatkan pinjaman bahan rosak oleh pelanggan dibawah kategori sosial. Kumpulan telah memperolehi anugerah perak pada pertandingan tersebut.






Konvensyen ini juga disertai oleh enam zon iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak yang mana sebanyak 19 kumpulan akan bertanding. Jumlah keseluruhan peserta konvensyen dianggarkan seramai 300 orang termasuk pemerhati dan urusetia dari seluruh UiTM.

Di harap hasil inovasi oleh kumpulan KIK UiTM dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada UiTM.

0 comments:

Post a Comment