Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Thursday 25 May 2017

Taklimat Perpustakaan Pelajar Baru Sesi Mei 2017



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan pada Minggu Destini Siswa untuk pelajar kemasukan Diploma Interim sesi Mei 2017. Seramai 1,643 orang pelajar baru telah hadir yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Perakaunan. Taklimat selama 1 jam ini merangkumi kelayakan pinjaman, kemudahan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Hafidz Ahmad, Pembantu Pustakawan.