Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Sunday 24 July 2011

Penutupan Bilik IT dan Aras 2



Kerja - kerja mengubah papan litar diaras 2 sedang di lakukan oleh pihak Kontraktor. Pihak perpustakaan ingin memaklumkan penutupan perkhidmatan Bilik IT dan Perkhidmatan di Aras 2 mulai 26 Julai 2011 sehingga di maklumkan setelah kerja-kerja ubahsuai selesai dijalankan.
Segala kesulitan amat dikesali.

Wednesday 13 July 2011

Penyertaan Konvensyen ICC & 5S Wilayah Utara 2011


Kumpulan Bestari dari bahagian Perpustakaan akan mewakili Universiti Teknologi MARA (Perak) ke Pertandingan ICC dan 5S Wilayah Utara 2011 anjuran MPC Zon Utara pada 18 hingg 19 Julai 2011. Di harap pada pertandingan kali ini Kumpulan bestari akan membawa kejayaan kepada UiTM Perak amnya dan kepada Perpustakaan khususnya.
Dengan format baru perlaksanaan pada tahun ini, konvensyen tahun 2011 akan menggabungkan Konvensyen ICC dan Konvensyan 5S dalam satu konvensyen. Berikut adalah butiran lanjut program berkenaan:
Tarikh   : 18 - 19 Julai 2011
Tempat : Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi
Objektif konvensyen kali ini adalah seperti berikut:
  • Menggalakkan pemesatan aktiviti ICC & 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan ICC & 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
  • Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan ICC & 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.