Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
17- 18 April 2019 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2019 PTAR
Kampus Tapah bertempat di tingkat satu PTAR Kampus Tapah. Objektif program ini
adalah memberi pengetahuan mengenai perpustakaan kepada para pelajar khususnya
di UiTM Kampus Tapah, mengeratkan hubungan antara pengguna dan juga pihak pengurusan
perpustakaan dan mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh
perpustakaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah word search, ddakji game, teka lukisan peribahasa, snake and ladder
games, feedback board, roda impian, shelving
game, mystery box, e-games (counter-strike), permainan santai (catur, batu
seremban, congkak, dam aji, permainan lidi) dan Anugerah Pengunjung
Perpustakaan tertinggi. Majlis perasmian penutup Hari Bertemu Pelanggan 2019
telah dirasmikan oleh Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Tapah, Puan Aida
Rousli.
0 comments:
Post a Comment