Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Thursday 28 September 2017

Program Hari Mesra Perpustakaan pada 26-27 September 2017




Seri Iskandar, Perak- Pada 26 dan 27 September 2017, Pihak PTAR Perak kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan dengan tema “Xplore Your Library”  yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam kalangan pelajar.
Sepanjang dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, seramai 540 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian, susun buku(shelving), Treasure hunt dan juga pertandingan swafoto, setiap aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan. Pameran buku yang terdiri daripada tujuh syarikat pembekal terlibat di dalam hari mesra perpustakaan pada kali ini.
Hadiah untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada hari kedua dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan swafoto yang disampaikan oleh  Puan Nor Asiha Binti Alias, Pustakawan kanan PTAR Perak kampus Seri Iskandar.