Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Wednesday 29 April 2015

Lawatan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rompin


Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Perak telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rompin pada 23 April 2015. Lawatan tersebut disertai oleh seramai 38 orang pelajar daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan diiringi oleh 4 orang guru.

Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dikendalikan oleh pelajar praktikal bagi memberi pengenalan mengenai Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Perak kepada pelajar-pelajar tersebut.







Wednesday 22 April 2015

Majlis Bacaan Yassin dan Perpisahan Pelajar Praktikal (UNISEL)


Pada 22/04/2015 telah diadakan satu majlis bacaan Yassin beserta majlis perpisahan pelajar praktikal daripada UNISEL yang menamatkan latihan industri pada 30 April 2015. Pelajar praktikal tersebut adalah Muhamad Ikhwan Bin Ahmad Jazuli.

Majlis ini juga disertakan dengan tazkirah daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin dan doa selamat untuk staff perpustakaan, En. Ismail Bin Salleh yang akan mengerjakan umrah pada 30 April 2015. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar praktikal dan sumbangan kepada En. Ismail Bin Salleh.