Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Monday 17 October 2011

Keputusan Mini Konvensyen K.I.K UiTM Zon Utara 2011



Kumpulan BESTARI dari Bahagian Perpustakaan telah mewakili UiTM Perak Ke Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Utara yang telah diadakan pada 13 Oktober 2011 di UiTM Kedah. Anugerah-anugerah yang telah dimenangi sperti berikut:-

1. Anugerah Emas
2. Anugerah Dokumentasi Terbaik
3. Anugerah Istiqamah

Kumpulan BESTARI telah terpilih untuk mewakili Zon Utara ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM yang akan diadakan pada Bulan Disember 2011 di Johor Bahru.

Sunday 24 July 2011

Penutupan Bilik IT dan Aras 2



Kerja - kerja mengubah papan litar diaras 2 sedang di lakukan oleh pihak Kontraktor. Pihak perpustakaan ingin memaklumkan penutupan perkhidmatan Bilik IT dan Perkhidmatan di Aras 2 mulai 26 Julai 2011 sehingga di maklumkan setelah kerja-kerja ubahsuai selesai dijalankan.
Segala kesulitan amat dikesali.

Wednesday 13 July 2011

Penyertaan Konvensyen ICC & 5S Wilayah Utara 2011


Kumpulan Bestari dari bahagian Perpustakaan akan mewakili Universiti Teknologi MARA (Perak) ke Pertandingan ICC dan 5S Wilayah Utara 2011 anjuran MPC Zon Utara pada 18 hingg 19 Julai 2011. Di harap pada pertandingan kali ini Kumpulan bestari akan membawa kejayaan kepada UiTM Perak amnya dan kepada Perpustakaan khususnya.
Dengan format baru perlaksanaan pada tahun ini, konvensyen tahun 2011 akan menggabungkan Konvensyen ICC dan Konvensyan 5S dalam satu konvensyen. Berikut adalah butiran lanjut program berkenaan:
Tarikh   : 18 - 19 Julai 2011
Tempat : Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi
Objektif konvensyen kali ini adalah seperti berikut:
  • Menggalakkan pemesatan aktiviti ICC & 5S ke seluruh negara dengan memasukkan elemen-elemen inovatif dan kreatif di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan ICC & 5S berkongsi idea serta pendapat dan juga pengalaman di dalam usaha untuk meningkatkan serta menanamkan satu budaya kerja yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi kumpulan dan juga organisasi.
  • Bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan ICC & 5S yang menyerlah di dalam mengeluarkan idea-idea bernas di dalam persembahan projek mereka untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan di semua peringkat.

Wednesday 1 June 2011

Minggu Destini Siswa : Orientasi Perpustakaan



Pada 25 Mei 2011 bertempat di Dewan Seri Iskandar, bahagian Perpustakaan telah mengambil slot untuk program orientasi Perpustakaan bagi Pelajar baru diploma sesi Mei -Oktober 2011 bertujuan untuk mendedahkan sebagai langkah pertama para pelajar mengenali Perpustakaan UiTM Perak serta diharapkan para pelajar dapat menjadikan Perpustakaan sebagai destinasi utama untuk dikunjungi.


Pada program tersebut, taklimat disampaikan oleh Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat kepada lebih 2700 siswa siswi baru serta dibantu oleh staf dan pelajar praktikal.

Tuesday 31 May 2011

Pameran Perpustakaan : Plagiarism


Perpustakaan UiTM Perak dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Akademik kini mengadakan Pameran mengenai Plagiarism bertujuan untuk mendedahkan kepada siswa dan siswi mengenai bahaya plagiarism.

Pengguna Perpustakaan boleh melawat pameran kami yang dibuka dari 8.30 pagi hingga 9.45 malam di Aras 2 ruang pameran Perpustakaan pada setiap hari termasuk sabtu dan Ahad mulai 7 Jun 2011. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pustakawan kami Pn. jamilah Md Yusoff di talian 05-3742090.

Semua dijemput hadir...