Kempen sumbangan bahan bacaan 1 Warga 1 Buku
Perpustakaan dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Perak telah mengadakan perasmian Kempen Sumbangan Bahan Bacaan ke Perpustakaan UiTM Perak pada 20 Januari 2012 bertempat di foyer Perpustakaan. Kempen tersebut bertemakan 1 Warga 1 Buku telah mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari warga UiTM Perak.
Projek ini adalah dibawah Inisiatif Kampus Lestari, strategi Warga Sejahtera. Pihak PJI dan Perpustakaan amat mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada semua warga kampus bagi menjayakan inisiatif ini. Bahan bacaan ( yang tidak digunakan / ingin disumbangkan) terdiri daripada pelbagai kateori seperti buku akademik, majalah, bahan bacaan ringan seperti novel, buku cerita, buku kanak-kanak dan lain-lain - Timbalan Rektor PJI.
Kempen ini akan berlangsung sehingga penghujung bulan April 2012 bagi memberi ruang kepada warga kampus untuk menyumbangkan bahan bacaan masing-masing. Sumbangan boleh di serahkan di Pejabat Perpustakaan UiTM Perak.
selamat berpuasa kepada semua rakan2............
ReplyDeleteaccounting system with GST features. jom singgah simpankira.com
ReplyDeleteevent system ; evenesis.com