Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Friday, 30 March 2012

Gambar : Lawatan "Benchmarking" Kumpulan Paradigma di Perpustakaan UiTM Perak


Seramai 2 orang Ahli Kumpulan KIK Paradigma mengadakan benchmarking projek KIK ke Perpustakaan UiTM Perak pada 7 Mac 2012 (9.00 pagi - 12.00 tengahari).


Adalah diharapkan menerusi lawatan ini kumpulan Bestari, Perpustakaan UiTM Perak dan Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis dapat bertukar fikiran serta berkongsi idea disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara kedua pihak.








Friday, 9 March 2012

Tuesday, 24 January 2012

Kempen sumbangan bahan bacaan 1 Warga 1 Buku


Perpustakaan dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Perak telah mengadakan perasmian Kempen Sumbangan Bahan Bacaan ke Perpustakaan UiTM Perak pada 20 Januari 2012 bertempat di foyer Perpustakaan. Kempen tersebut bertemakan 1 Warga 1 Buku telah mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dari warga UiTM Perak.

Projek ini adalah dibawah Inisiatif Kampus Lestari,  strategi Warga Sejahtera.  Pihak PJI dan Perpustakaan amat mengalu-alukan sumbangan bahan bacaan daripada semua warga kampus bagi menjayakan inisiatif ini. Bahan bacaan ( yang tidak digunakan / ingin disumbangkan)  terdiri daripada pelbagai kateori seperti buku akademik, majalah, bahan bacaan ringan seperti novel, buku cerita, buku kanak-kanak dan lain-lain - Timbalan Rektor PJI.
Kempen ini akan berlangsung sehingga penghujung bulan April 2012 bagi memberi ruang kepada warga kampus untuk menyumbangkan bahan bacaan masing-masing. Sumbangan boleh di serahkan di Pejabat Perpustakaan UiTM Perak.

Friday, 13 January 2012

Otak Einstein jadi rebutan saintis


SUSAHNYA menjadi orang genius! Sudah meninggal dunia pun otaknya masih menjadi buruan untuk dikaji. Setelah lebih separuh abad meninggal dunia, otak saintis genius fizik yang terkenal dengan Teori Relativiti Umum, Teori Relativiti Khas dan Kesan Fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Anna Dhody, kurator muzium tersebut menyatakan dalam satu temubual Yahoo!News bahawa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein. Keratan berkenaan telah didermakan oleh pakar neuropatologi kanan Hospital Kanak-Kanak Philadelphia AS, Dr. Lucy Rorke-Adams. Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan di bawah bawah mikroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut.

Anna Dorby berharap melalui pameran itu ia dapat mendorong ramai pengunjung dan peminat sains mengkaji tentang sains dan fisiologi otak. Sejumlah 45 bahagian otak Einstein itu telah melalui perjalanan yang sangat unik. Ia bermula dari kematian saintis tersohor itu pada tahun 1955 akibat abdominal aneurism dan otaknya diambil tujuh jam selepas kematiannya.

Tuesday, 3 January 2012

Lawatan Penandaarasan Ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor


TARIKH/HARI : 29 Disember 2011/Khamis
MASA : 3.10 petang – 5.00 petang
LOKASI : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
JABATAN : Semua Staf Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, Tapah dan Teluk Intan
TUJUAN : Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat penanda arasan ke perpustakaan luar dalam merealisasikan penzahiran perkhidmatan yang berprestasi tinggi.







Monday, 17 October 2011

Keputusan Mini Konvensyen K.I.K UiTM Zon Utara 2011



Kumpulan BESTARI dari Bahagian Perpustakaan telah mewakili UiTM Perak Ke Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Utara yang telah diadakan pada 13 Oktober 2011 di UiTM Kedah. Anugerah-anugerah yang telah dimenangi sperti berikut:-

1. Anugerah Emas
2. Anugerah Dokumentasi Terbaik
3. Anugerah Istiqamah

Kumpulan BESTARI telah terpilih untuk mewakili Zon Utara ke Konvensyen KIK Peringkat UiTM yang akan diadakan pada Bulan Disember 2011 di Johor Bahru.

Sunday, 24 July 2011

Penutupan Bilik IT dan Aras 2



Kerja - kerja mengubah papan litar diaras 2 sedang di lakukan oleh pihak Kontraktor. Pihak perpustakaan ingin memaklumkan penutupan perkhidmatan Bilik IT dan Perkhidmatan di Aras 2 mulai 26 Julai 2011 sehingga di maklumkan setelah kerja-kerja ubahsuai selesai dijalankan.
Segala kesulitan amat dikesali.