Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, 25 April 2018

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat UiTM Cawangan Perak



Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” peringkat UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar bagi tahun 2018. Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara.Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 24 April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Thursday, 29 March 2018

Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018




Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018 bertempat di Bilik IT PTAR Seri Iskandar. Taklimat tersebut telah di hadiri oleh staf dan pelajar dari Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah yang berjumlah seramai 45 orang peserta. Penceramah pula dijemput dari BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS).

Program adalah memberi pendedahan cara penggunaan yang mana terdapat lebih 3 juta rencana dalam arkib BLIS. Antaranya ialah mengenai Jabatan Perangkaan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta lebih 5,000 profil tokoh terkemuka negara. Maklumat penting seperti ucapan tokoh-tokoh politik Malaysia, Laporan Sektor, Bank Data, Fakta dan Angka, Direktori dan Kalendar turut boleh dicapai. BLIS turut boleh dicapai melalui ezaccess oleh pengguna perpustakaan.

Wednesday, 14 March 2018

Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan



Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan bermula pada 16 Mac 2018 sehingga 31 Julai 2018. Pameran hasil kerjasama bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini menawarkan pengisian berunsurkan pendidikan kewangan menerusi karikatur-karikatur menarik hasil kartunis tersohor, Datuk LAT

Majlis perasmian Pameran LATerasi Kewangan telah dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya dan Pengerusi Tourism Negeri Perak, Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Haji Shafie. Majlis telah berlangsung di Muzium Darul Ridzuan pada 16 Mac 2018.

Peluang untuk sertai pelbagai program-program istimewa yang disediakan. Tidak lupa ber 'swafoto' dengan watak-watak terkenal 'Kampung Boy' sambil belajar.

Saturday, 10 March 2018

Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan Jan-April 2018





Satu majlis harijadi telah diadakan pada Mac 2018 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Jan - April 2018. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.

Tuesday, 10 October 2017

Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan Julai - September 2017 dan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal Unisel







Satu majlis harijadi telah diadakan pada Oktober 2017 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Julai - September 2017. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.





Pada masa yang sama Pihak Perpustakaan juga mengadakan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal iaitu En Rusydi Rukaini Bin Anuar dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) yanb akan menamatkan latihan pada November. Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM mengucapkan  Cawangan Selamat Maju Jaya kepada En. Rusydi



Thursday, 28 September 2017

Program Hari Mesra Perpustakaan pada 26-27 September 2017




Seri Iskandar, Perak- Pada 26 dan 27 September 2017, Pihak PTAR Perak kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan dengan tema “Xplore Your Library”  yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam kalangan pelajar.
Sepanjang dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, seramai 540 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian, susun buku(shelving), Treasure hunt dan juga pertandingan swafoto, setiap aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan. Pameran buku yang terdiri daripada tujuh syarikat pembekal terlibat di dalam hari mesra perpustakaan pada kali ini.
Hadiah untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada hari kedua dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan swafoto yang disampaikan oleh  Puan Nor Asiha Binti Alias, Pustakawan kanan PTAR Perak kampus Seri Iskandar.   










Thursday, 17 August 2017

Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital 2017



Seri Iskandar, Perak- Pada 17 Ogos 2017, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menghadiri satu Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital yang bertempat di Pusat Sumber Universiti Teknologi Petronas. Seminar mengenai Literasi Media dan Maklumat memberi gambaran yang meluas mengenai pengkalan data yang disediakan dalam U-Pustaka. Program ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Encik Adam Zulkarnain bin Saleng dan Encik Muhammad Redzuan bin Ramli.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.

Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.

Tuesday, 1 August 2017

Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan April - Jun 2017


Satu majlis harijadi telah diadakan pada 28 Julai 2017 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan April hingga Jun. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.

Tuesday, 18 July 2017

Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 anjuran PTAR Kampus Tapah




Pada 11 & 12 Julai 2017 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 bertempat di Makmal Komputer PTAR Kampus Tapah.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah. Objektif bengkel ini adalah memberi latihan secara teori dan praktikal kepada para pensyarah UiTM agar dapat mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan serta memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan serta berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.

Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 telah dihadiri 40 orang staf termasuk staf akademik dan staf perpustakaan. Pangkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Emerald Premium dan Proquest oleh pembekal pangkalan data tersebut. Sesi perkongsian ilmu, asas penggunaan Mendeley juga disampaikan Puan Nur Aqilah Russli, Pustakawan Unit Jurnal dan Pangkalan Data, PTAR Kampus Tapah.