Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital 2017
Seri Iskandar, Perak- Pada 17 Ogos 2017, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menghadiri satu Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital yang bertempat di Pusat Sumber Universiti Teknologi Petronas. Seminar mengenai Literasi Media dan Maklumat memberi gambaran yang meluas mengenai pengkalan data yang disediakan dalam U-Pustaka. Program ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Encik Adam Zulkarnain bin Saleng dan Encik Muhammad Redzuan bin Ramli.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.
Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.

0 comments:
Post a Comment