Thursday, 28 September 2017
Seri
Iskandar, Perak- Pada 26 dan 27 September 2017, Pihak PTAR Perak kampus Seri
Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan dengan tema “Xplore
Your Library” yang bertujuan untuk
meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam
kalangan pelajar.
Sepanjang
dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang dijalankan, seramai 540 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti
yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak
perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian,
susun buku(shelving), Treasure hunt dan juga pertandingan swafoto, setiap
aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan
aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan. Pameran buku yang terdiri
daripada tujuh syarikat pembekal terlibat di dalam hari mesra perpustakaan pada
kali ini.
Hadiah
untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang
dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada
hari kedua dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan swafoto yang
disampaikan oleh Puan Nor Asiha Binti
Alias, Pustakawan kanan PTAR Perak kampus Seri Iskandar.
Thursday, 17 August 2017
Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital 2017
20:55:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perak- Pada 17 Ogos 2017, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menghadiri satu Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital yang bertempat di Pusat Sumber Universiti Teknologi Petronas. Seminar mengenai Literasi Media dan Maklumat memberi gambaran yang meluas mengenai pengkalan data yang disediakan dalam U-Pustaka. Program ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Encik Adam Zulkarnain bin Saleng dan Encik Muhammad Redzuan bin Ramli.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.
Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.
Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.
Tuesday, 1 August 2017
Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan April - Jun 2017
21:17:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis harijadi telah diadakan pada 28 Julai 2017 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan April hingga Jun. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.
Tuesday, 18 July 2017
Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 anjuran PTAR Kampus Tapah
20:34:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Pada 11 & 12 Julai 2017 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 bertempat di Makmal Komputer PTAR Kampus Tapah.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah. Objektif bengkel ini adalah memberi latihan secara teori dan praktikal kepada para pensyarah UiTM agar dapat mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan serta memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan serta berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.
Bengkel Pangkalan Data Perpustakaan 2017 telah dihadiri 40 orang staf termasuk staf akademik dan staf perpustakaan. Pangkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Emerald Premium dan Proquest oleh pembekal pangkalan data tersebut. Sesi perkongsian ilmu, asas penggunaan Mendeley juga disampaikan Puan Nur Aqilah Russli, Pustakawan Unit Jurnal dan Pangkalan Data, PTAR Kampus Tapah.
Thursday, 25 May 2017
Taklimat Perpustakaan Pelajar Baru Sesi Mei 2017
00:13:00 PTAR UiTM Kampus Tapah
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak Kampus Tapah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan pada Minggu Destini Siswa untuk pelajar kemasukan Diploma Interim sesi Mei 2017. Seramai 1,643 orang pelajar baru telah hadir yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Perakaunan. Taklimat selama 1 jam ini merangkumi kelayakan pinjaman, kemudahan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Hafidz Ahmad, Pembantu Pustakawan.
Tuesday, 14 February 2017
Majlis Perpisahan Puan Norliza Shamsuddin
20:51:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 14 Februari 2017 bertempat di Bilik Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar telah diadakan satu Majlis Perpisahan Puan Norliza Shamsuddin (Pembantu Tadbir Tingkatan Kanan).
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa Pn. Norliza yang akan bertukar ke Bahagian Pembangunan dan Fasiliti UiTM Cawangan Perak. Sebelum itu beliau telah berkhidmat di Unit Pentadbiran Perpustakaan.
Semoga selamat dan maju jaya buat Pn Norliza Shamsuddin..
Monday, 21 November 2016
Program Khidmat Masyarakat Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin
20:09:00 Anonymous
Parit, Perak - Pada 19/11/2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Seramai 10 orang kakitangan PTAR, seorang pelajar latihan industri dan 5 orang pelajar UiTM Perak yang turut sama mengikuti program ini.
Program ini bertujuan untuk menambahbaik pusat sumber yang terdapat di Bait Al-Amin, disamping mengadakan aktiviti/permainan bersama anak-anak disana. Penglibatan anak-anak seramai 40 orang ini amat menggalakkan. Jelas terpampang di riak wajah mereka keceriaan dan kegembiraan mengikuti program ini.
![]() |
| Aktiviti penambahbaikan pusat sumber Bait Al-Amin |
![]() |
| Aktiviti-aktiviti di sepanjang program |
![]() |
| Merakamkan kenangan bersama Encik Rozelan Zamzuri (Pengerusi Bait Al-Amin) |
Friday, 14 October 2016
Hari Eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016
02:30:00 Anonymous
Pada 24 dan 25 Ogos 2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Tapah telah mengadakan hari eksplorasi bersama para pelajar disana. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pelajar pada hari tersebut. Antaranya, Find Me Quizzes, Teka Muka Surat Buku, Teka Berat Buku, Puzzle, Word Search, Roda Impian dan Shelving Game. Sambutan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Hari ekplorasi yang berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh para pengedar buku dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis gerai jual-jualan. Dengan kerjasama dari pihak PTAR Kampus Seri Iskandar, hari eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016 ini telah berlangsung dengan jayanya.
Coretan kenang-kenangan daripada pelajar
Ragam disepanjang Hari Eksplorasi UiTM Tapah 2016
Friday, 5 August 2016
Lawatan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
00:19:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 4 Ogos 2016, Satu Lawatan Kerja oleh Ketua Pustakawan UiTM - EN. NOOR HIDAYAT BIN ADNAN diiringi Timbalan Ketua Pustakawan - EN. MOHAMAD HAMIDI MOHD JAIS ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak bersempena dengan Siri Lawatan Kerja Ketua Pustakawan ke seluruh Perpustakaan UiTM 2016.
Tujuan lawatan bagi melihat perkembangan dan pencapaian Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak serta menyampaikan halatuju 2016







Tujuan lawatan bagi melihat perkembangan dan pencapaian Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak serta menyampaikan halatuju 2016







Subscribe to:
Posts (Atom)
















