Sunday, 7 July 2019
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan
Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan
baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh
Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan dua modul
interim iaitu LSC100: Introduction to Library Systems dan LSC101: Introduction
to PTAR Electronic Resources. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah
disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli. Sesi ini diharap dapat
memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang
betul untuk tujuan pembelajaran.
Friday, 4 May 2018
Program Hari Mesra Perpustakaan Bulan Mei 2018
00:02:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perak- Pada 2 & 3 Mei 2018, Pihak PTAR Perak kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam kalangan pelajar untuk tahun 2018.
Sepanjang dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, seramai 620 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian, susun buku(shelving), dan juga Treasure hunt, setiap aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan.
Hadiah untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada hari kedua dengan penyampaian hadiah oleh Puan Siti Basriah Shaik Baharudin, Timbalan Pustakawan PTAR Cawangan Perak.
Wednesday, 25 April 2018
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat UiTM Cawangan Perak
22:55:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” peringkat UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar bagi tahun 2018. Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).
Program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara.Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 24 April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara.Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 24 April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Thursday, 29 March 2018
Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018
23:21:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018 bertempat di Bilik IT PTAR Seri Iskandar. Taklimat tersebut telah di hadiri oleh staf dan pelajar dari Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah yang berjumlah seramai 45 orang peserta. Penceramah pula dijemput dari BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS).
Program adalah memberi pendedahan cara penggunaan yang mana terdapat lebih 3 juta rencana dalam arkib BLIS. Antaranya ialah mengenai Jabatan Perangkaan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta lebih 5,000 profil tokoh terkemuka negara. Maklumat penting seperti ucapan tokoh-tokoh politik Malaysia, Laporan Sektor, Bank Data, Fakta dan Angka, Direktori dan Kalendar turut boleh dicapai. BLIS turut boleh dicapai melalui ezaccess oleh pengguna perpustakaan.
Wednesday, 14 March 2018
Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan
22:24:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan bermula pada 16 Mac 2018 sehingga 31 Julai 2018. Pameran hasil kerjasama bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini menawarkan pengisian berunsurkan pendidikan kewangan menerusi karikatur-karikatur menarik hasil kartunis tersohor, Datuk LAT
Majlis perasmian Pameran LATerasi Kewangan telah dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya dan Pengerusi Tourism Negeri Perak, Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Haji Shafie. Majlis telah berlangsung di Muzium Darul Ridzuan pada 16 Mac 2018.
Peluang untuk sertai pelbagai program-program istimewa yang disediakan. Tidak lupa ber 'swafoto' dengan watak-watak terkenal 'Kampung Boy' sambil belajar.
Saturday, 10 March 2018
Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan Jan-April 2018
22:37:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis harijadi telah diadakan pada Mac 2018 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Jan - April 2018. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.
Tuesday, 10 October 2017
Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan Julai - September 2017 dan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal Unisel
18:56:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis harijadi telah diadakan pada Oktober 2017 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Julai - September 2017. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.
Pada masa yang sama Pihak Perpustakaan juga mengadakan Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal iaitu En Rusydi Rukaini Bin Anuar dari Universiti Industri Selangor (UNISEL) yanb akan menamatkan latihan pada November. Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM mengucapkan Cawangan Selamat Maju Jaya kepada En. Rusydi
Thursday, 28 September 2017
Program Hari Mesra Perpustakaan pada 26-27 September 2017
20:18:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri
Iskandar, Perak- Pada 26 dan 27 September 2017, Pihak PTAR Perak kampus Seri
Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan dengan tema “Xplore
Your Library” yang bertujuan untuk
meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam
kalangan pelajar.
Sepanjang
dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti
yang dijalankan, seramai 540 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti
yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak
perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian,
susun buku(shelving), Treasure hunt dan juga pertandingan swafoto, setiap
aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan
aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan. Pameran buku yang terdiri
daripada tujuh syarikat pembekal terlibat di dalam hari mesra perpustakaan pada
kali ini.
Hadiah
untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang
dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada
hari kedua dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan swafoto yang
disampaikan oleh Puan Nor Asiha Binti
Alias, Pustakawan kanan PTAR Perak kampus Seri Iskandar.
Thursday, 17 August 2017
Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital 2017
20:55:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Seri Iskandar, Perak- Pada 17 Ogos 2017, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menghadiri satu Bengkel eksplorasi perkhidmatan perpustakaan digital yang bertempat di Pusat Sumber Universiti Teknologi Petronas. Seminar mengenai Literasi Media dan Maklumat memberi gambaran yang meluas mengenai pengkalan data yang disediakan dalam U-Pustaka. Program ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Encik Adam Zulkarnain bin Saleng dan Encik Muhammad Redzuan bin Ramli.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.
Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pengajaran secara teori dan pratikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai, dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik di zaman penuh dengan maklumat yang kita tahu kesahihannya. Di samping itu, program ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.
Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital 2017 telah dihadiri oleh 50 orang staf pustakawan dari institusi perpustakaan negeri Perak antaranya Perpustakaan UiTM Seri Iskandar, MRSM Parit, Perpustakaan Negeri Perak dan para pelajar UTP. Pengkalan data yang diajar pada bengkel tersebut adalah Proquest Ebook Central, Ebscohost, Blis, PNM e-lib dengan hanya menggunakan laman portal U-Pustaka dalam mencapai objektif PNM untuk mendapatkan 3.5juta para penguna yang mendaftar sebagai ahli U-Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)














