Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Friday, 10 June 2016

Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal serta Majlis Bacaan Yassin



Satu majlis perpisahan dan bacaan Yaasin telah diadakan pada 03/06/2016 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Shahrizal Akmar yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 10/6/2016.

Program ini juga meraikan tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat pada 30/6/2016. Pelajar tersebut adalah:

1. Farah Nabila Binti Mat Johari (UiTM Puncak Perdana)
2. Nor Artika Binti Monir (UiTM Kedah)
3. Nor Izzati Binti Nasiruddin (UiTM Puncak Perdana)
4. Nur Aliah Binti Zainal (UiTM Puncak Perdana)
5. Mohamad Rafizuddin Bin Zainuddin (UiTM Kedah)

Majlis ini juga disertakan dengan bacaan Yaasin sempena kedatangan Ramadhan daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin. Majlis diakhiri dengan ucapan En. Shahrizal Akmar dan pelajar pratikal. Pihak perpustakaan mengucapkan salam perpisahan dan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini.

Friday, 11 March 2016

Program Ekspresi Seni Jawi Dan Khat 2016


Program ini telah diadakan pada 10/03/2016 yang di anjurkan oleh perpustakaan bersama pelajar praktikal bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk semua pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.



Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.



Wednesday, 29 April 2015

Lawatan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rompin


Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Perak telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rompin pada 23 April 2015. Lawatan tersebut disertai oleh seramai 38 orang pelajar daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan diiringi oleh 4 orang guru.

Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dikendalikan oleh pelajar praktikal bagi memberi pengenalan mengenai Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Perak kepada pelajar-pelajar tersebut.







Wednesday, 22 April 2015

Majlis Bacaan Yassin dan Perpisahan Pelajar Praktikal (UNISEL)


Pada 22/04/2015 telah diadakan satu majlis bacaan Yassin beserta majlis perpisahan pelajar praktikal daripada UNISEL yang menamatkan latihan industri pada 30 April 2015. Pelajar praktikal tersebut adalah Muhamad Ikhwan Bin Ahmad Jazuli.

Majlis ini juga disertakan dengan tazkirah daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin dan doa selamat untuk staff perpustakaan, En. Ismail Bin Salleh yang akan mengerjakan umrah pada 30 April 2015. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar praktikal dan sumbangan kepada En. Ismail Bin Salleh.








Wednesday, 27 November 2013

Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal pada 22 November 2013


Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 22/11/2013 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Mohamad Ameerul Mohd Isa yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Kedah dan juga tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat. Perpustakaan mengucapkan salam perpisahan




Tuesday, 19 March 2013

Majis Perpisahan Pelajar Praktikal pada 15 Mac 2013


Pada 15 Mac yang lalu, satu majlis perpisahan pelajar praktikal telah diadakan di aras 2 bangunan perpustakaan. Ianya telah di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan sumbangan yang telah diberikan selama menjalani latihan praktik disini. Pelajar tersebut adalah ;
 
  1. Syuhadah Abd Rahim (UNISEL)
  2. Nur Atiqah Binti Mohamad Yusof (UiTM Puncak Perdana)
  3. Norashikin Binti Masidi (UiTM Puncak Perdana)
 
Pihak perpustakaan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini
 

Wednesday, 5 December 2012

Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012



Kumpulan Bestari dari Perpustakaan dan Kreavitec dari Fakuilti Senilukis dan Senireka akan mewakili UiTM (Perak) ke Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012
  • Tarikh         :     8 - 11 Disember 2012 (Sabtu - Selasa)
  • Tempat        :     Bukit Gambang City, Resort, Gambang Pahang.
  • Penganjur    :     UiTM Pahang
 Kumpulan yang menyertai adalah:
  1. Kumpulan KIK BESTARI, UiTM Perak
  2. Kumpulan KIK ADAM, UiTM Perlis
  3. Kumpulan KIK KREAVITEC, UiTM Perak
  4. Kumpulan KIK JERAMI, UiTM Kedah
  5. Kumpulan KIK BFIT, UiTM Kedah
  6. Kumpulan KIK PARADIGMA, UiTM Kelantan
  7. Kumpulan KIK PINNACLE, UiTM Pahang
  8. Kumpulan KIK KREAVASI, UiTM Kelantan
  9. Kumpulan KIK REACH, UiTM Pahang
  10. Kumpulan KIK IQRA', UiTM Pahang
  11. Kumpulan KIK C-NAR UNGU, UiTM Terengganu
  12. Kumpulan KIK C7, UiTM Terengganu
  13. Kumpulan KIK FASTMAX, UiTM Kelantan
  14. Kumpulan KIK OPTIMUS, Pusat Latihan, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
  15. Kumpulan KIK BARA, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
  16. Kumpulan KIK FANTASTIC 8, Pusat Kesihatan, HEP, UiTM Shah Alam
  17. Kumpulan KIK PELANGI, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam
  18. Kumpulan KIK 1Q, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam
  19. Kumpulan KIK I-CARE, Pusat Kerjaya & Kaunseling, HEP, UiTM Shah Alam
  20. Kumpulan KIK BELIAN, UiTM Sarawak
  21. Kumpulan KIK UK5, UiTM Sabah
  22. Kumpulan KIK AKAR, UiTM Johor
  23. Kumpulan KIK INFO TEAM, UiTM Johor
  24. Kumpulan KIK SEVEN, UiTM Melaka
         

Friday, 2 November 2012

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Perpustakaan



Bangunan Perpustakaan kini dalam proses pengubahsuaian yang telah bermula pada 1 November 2012 sehingga 27 Februari 2013. Proses ini melibatkan keseluruhan aras bangunan Perpustakaan yang bermula dari aras 2. Ini akan melibatkan penutupan beberapa perkhidmatan di aras 2 iaitu;
  • Perkhidmatan Bilik It
  • Perkhidmatan Bilik Perbincangan dan Bilik Taklimat
  • Koleksi Agama, Rujukan dan Majalah Berjilid

Wednesday, 26 September 2012

Kumpulan KIK BESTARI Johan di Mini Konvensyen KIK Zon Utara 2012, di UiTM (Perak)


Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Bestari di atas kejayaan dan usaha mereka di MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 yang dijalankan pada 24-25 Sept 2012 di UiTM (Perak).

Berikut adalah keputusan penuh di MINI KONVENSYEN KIK ZON UTARA 2012 :-
•Johan Keseluruhan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
•Johan: Kumpulan Bestari (dari UiTM Perak)
•Kedua: Kumpulan ADAM (dari UiTM Perlis)
•Ketiga: Kumpulan Kreavitec (UiTM Perak)

Disamping itu juga kumpulan Bestari memenangi anugerah Inovasi ICT Terbaik.