Blog PTAR Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah

Pages

Powered by Blogger.

Sunday, 7 July 2019

Library Tour Sesi Januari 2019 PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan lawatan barpandu untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Lawatan Berpandu ini adalah bertujuan untuk membawa pelajar baru melawat perpustakaan, menerangkan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta menunjukkan koleksi perpustakaan.     Lawatan berpandu  ini berlangsung selama 2 jam mengikut fakulti yang telah disampaikan oleh semua pembantu pustakawan. Sesi ini diharap dapat memberi panduan serta gambaran jelas kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan secara optimum.

Pertandingan Read@Uni PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah 2019- Ulasan Buku



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah mengadakan penyampaian hadiah untuk Pertandingan Read @Uni  PTAR Tapah 2019 – Ulasan Buku. Pertandingan ini disertai oleh pelajar Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Kampus Tapah. Objektif pertandingan ini adalah menggalakkan pelajar meminjam buku daripada perpustakaan, mengeratkan hubungan silaturrahim pengguna perpustakaan dan pihak perpustakaan, menggalakkan pelajar datang ke perpustakaan serta memberi pendedahan kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam memberi cadangan tentang isi kandungan sesuatu buku. Di dalam pertandinngan ini, pelajar perlu meminjam tiga buah buku fiction dan nonfiction dan kemudian membuat ulasan tentang buku tersebut. Di sini, dapat dilihat bagaimana kefahaman pelajar terhadap buku tersebut serta pendapat pelajar tentang isi kandungan buku. Enam pemenang dengan ulasan buku yang kreatif telah dipilih untuk pertandingan tersebut dan menerima hadiah lumayan.

Modul Interim Sesi Januari 2019 (Modul LSC 102, LMS 300 & LMS 301) PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah



Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan tiga modul interim iaitu LSC 102: Online Database for Literature, LMS 300: Reference Management Software- Endnote  dan LMS 301: Reference Management Software- Mendeley. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli dibantu oleh pembantu pustakawan. Sesi ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.


Modul Interim pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019


Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menjalankan Modul Interim untuk pelajar kemasukan baru Diploma Interim sesi Januari 2019. Modul Interim adalah selaras di seluruh Perpustakaan UiTM melalui empat modul. Pada tarikh ini telah dijalankan dua modul interim iaitu LSC100: Introduction to Library Systems dan LSC101: Introduction to PTAR Electronic Resources. Modul ini berlangsung selama empat jam yang telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Nur Aqilah Russli. Sesi ini diharap dapat memberi panduan kepada pelajar - pelajar interim untuk mencari maklumat yang betul untuk tujuan pembelajaran.

Friday, 4 May 2018

Program Hari Mesra Perpustakaan Bulan Mei 2018



Seri Iskandar, Perak- Pada 2 & 3 Mei 2018, Pihak PTAR Perak kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Hari Mesra Perpustakaan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan pengguna perpustakaan terutamanya dalam kalangan pelajar untuk tahun 2018.

Sepanjang dua hari program ini dijalankan, ramai pelajar terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, seramai 620 orang pelajar telah meyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan, antara aktiviti yang telah pihak perpustakaan sediakan ialah permainan Puzzle, Secret/mystery box, Roda impian, susun buku(shelving), dan juga Treasure hunt, setiap aktiviti mempunyai hadiah yang menarik jika dapat menyiapkan/ menyempurnakan aktiviti tersebut dengan masa yang ditetapkan.

Hadiah untuk pengujung bertuah juga diberikan kepada pengujung yang bertuah sepanjang dua hari aktiviti dijalankan, Hari Mesra Perpustakaan melabuhkan tirai pada hari kedua dengan penyampaian hadiah oleh Puan Siti Basriah Shaik Baharudin, Timbalan Pustakawan PTAR Cawangan Perak.

Wednesday, 25 April 2018

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat UiTM Cawangan Perak



Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” peringkat UiTM Cawangan Perak kampus Seri Iskandar bagi tahun 2018. Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara.Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 24 April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Thursday, 29 March 2018

Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018




Seri Iskandar, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Taklimat Online Databases (BLIS) pada 28 Mac 2018 bertempat di Bilik IT PTAR Seri Iskandar. Taklimat tersebut telah di hadiri oleh staf dan pelajar dari Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah yang berjumlah seramai 45 orang peserta. Penceramah pula dijemput dari BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS).

Program adalah memberi pendedahan cara penggunaan yang mana terdapat lebih 3 juta rencana dalam arkib BLIS. Antaranya ialah mengenai Jabatan Perangkaan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta lebih 5,000 profil tokoh terkemuka negara. Maklumat penting seperti ucapan tokoh-tokoh politik Malaysia, Laporan Sektor, Bank Data, Fakta dan Angka, Direktori dan Kalendar turut boleh dicapai. BLIS turut boleh dicapai melalui ezaccess oleh pengguna perpustakaan.

Wednesday, 14 March 2018

Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan



Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan bermula pada 16 Mac 2018 sehingga 31 Julai 2018. Pameran hasil kerjasama bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini menawarkan pengisian berunsurkan pendidikan kewangan menerusi karikatur-karikatur menarik hasil kartunis tersohor, Datuk LAT

Majlis perasmian Pameran LATerasi Kewangan telah dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya dan Pengerusi Tourism Negeri Perak, Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Haji Shafie. Majlis telah berlangsung di Muzium Darul Ridzuan pada 16 Mac 2018.

Peluang untuk sertai pelbagai program-program istimewa yang disediakan. Tidak lupa ber 'swafoto' dengan watak-watak terkenal 'Kampung Boy' sambil belajar.

Saturday, 10 March 2018

Majils Sambutan Harijadi Staf Perpustakaan bulan Jan-April 2018





Satu majlis harijadi telah diadakan pada Mac 2018 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan staf yang lahir pada bulan Jan - April 2018. Majlis tersebut di adakan di Bilik Mesyuarat PTAR Seri Iskandar. Pihak mengucapkan selamat hari lahir dan terus ceria selalu.