Friday, 14 October 2016
Pada 24 dan 25 Ogos 2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Tapah telah mengadakan hari eksplorasi bersama para pelajar disana. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pelajar pada hari tersebut. Antaranya, Find Me Quizzes, Teka Muka Surat Buku, Teka Berat Buku, Puzzle, Word Search, Roda Impian dan Shelving Game. Sambutan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Hari ekplorasi yang berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh para pengedar buku dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis gerai jual-jualan. Dengan kerjasama dari pihak PTAR Kampus Seri Iskandar, hari eksplorasi PTAR UiTM Tapah 2016 ini telah berlangsung dengan jayanya.
Coretan kenang-kenangan daripada pelajar
Ragam disepanjang Hari Eksplorasi UiTM Tapah 2016
Friday, 5 August 2016
Lawatan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
00:19:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 4 Ogos 2016, Satu Lawatan Kerja oleh Ketua Pustakawan UiTM - EN. NOOR HIDAYAT BIN ADNAN diiringi Timbalan Ketua Pustakawan - EN. MOHAMAD HAMIDI MOHD JAIS ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak bersempena dengan Siri Lawatan Kerja Ketua Pustakawan ke seluruh Perpustakaan UiTM 2016.
Tujuan lawatan bagi melihat perkembangan dan pencapaian Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak serta menyampaikan halatuju 2016







Tujuan lawatan bagi melihat perkembangan dan pencapaian Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak serta menyampaikan halatuju 2016







Friday, 10 June 2016
Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal serta Majlis Bacaan Yassin
03:13:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis perpisahan dan bacaan Yaasin telah diadakan pada 03/06/2016 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Shahrizal Akmar yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 10/6/2016.
Program ini juga meraikan tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat pada 30/6/2016. Pelajar tersebut adalah:
1. Farah Nabila Binti Mat Johari (UiTM Puncak Perdana)
2. Nor Artika Binti Monir (UiTM Kedah)
3. Nor Izzati Binti Nasiruddin (UiTM Puncak Perdana)
4. Nur Aliah Binti Zainal (UiTM Puncak Perdana)
5. Mohamad Rafizuddin Bin Zainuddin (UiTM Kedah)
Majlis ini juga disertakan dengan bacaan Yaasin sempena kedatangan Ramadhan daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin. Majlis diakhiri dengan ucapan En. Shahrizal Akmar dan pelajar pratikal. Pihak perpustakaan mengucapkan salam perpisahan dan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini.
Friday, 11 March 2016
Program Ekspresi Seni Jawi Dan Khat 2016
02:38:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Program ini telah diadakan pada 10/03/2016 yang di anjurkan oleh perpustakaan bersama pelajar praktikal bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk semua pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Program ini menyediakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Jawi dan Khat bagi mendedahkan para pelajar tentang seni Jawi dan Khat yang kian ditelan zaman. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pameran Jawi dan Khat, bengkel “Ekspresi Seni Jawi dan Khat”, pertandingan Jawi dan Khat, “Jom Baca Jawi”, teka-teki bergambar, roda impian dan dart.
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Wednesday, 29 April 2015
Lawatan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rompin
00:29:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM
Perak telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Sungai Rompin pada 23 April 2015. Lawatan tersebut disertai oleh seramai
38 orang pelajar daripada Tingkatan 1 hingga 5 dan diiringi oleh 4 orang guru.
Wednesday, 22 April 2015
Majlis Bacaan Yassin dan Perpisahan Pelajar Praktikal (UNISEL)
00:14:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 22/04/2015 telah diadakan
satu majlis bacaan Yassin beserta majlis perpisahan pelajar praktikal daripada
UNISEL yang menamatkan latihan industri pada 30 April 2015. Pelajar praktikal tersebut
adalah Muhamad Ikhwan Bin Ahmad Jazuli.
Majlis ini juga disertakan dengan
tazkirah daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Amin dan doa selamat untuk
staff perpustakaan, En. Ismail Bin Salleh yang akan mengerjakan umrah pada 30
April 2015. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar
praktikal dan sumbangan kepada En. Ismail Bin Salleh.
Wednesday, 27 November 2013
Majlis Perpisahan Staf Perpustakaan dan Pelajar Praktikal pada 22 November 2013
17:14:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 22/11/2013 yang di anjurkan oleh kelab perpustakaan. Ianya bagi meraikan perpisahaan staf iaitu En. Mohamad Ameerul Mohd Isa yang akan bertukar ke Perpustakaan UiTM Kedah dan juga tamat latihan pelajar praktikal Fakulti Pengurusan Maklumat. Perpustakaan mengucapkan salam perpisahan
Tuesday, 19 March 2013
Majis Perpisahan Pelajar Praktikal pada 15 Mac 2013
19:34:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Pada 15 Mac yang lalu, satu majlis perpisahan pelajar praktikal telah diadakan di aras 2 bangunan perpustakaan. Ianya telah di anjurkan oleh kelab perpustakaan bagi meraikan sumbangan yang telah diberikan selama menjalani latihan praktik disini. Pelajar tersebut adalah ;
- Syuhadah Abd Rahim (UNISEL)
- Nur Atiqah Binti Mohamad Yusof (UiTM Puncak Perdana)
- Norashikin Binti Masidi (UiTM Puncak Perdana)
Pihak perpustakaan berharap agar mereka dapat menimba ilmu sepanjang berada di sini
Wednesday, 5 December 2012
Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012
19:45:00 PTAR UiTM Cawangan Perak
Kumpulan Bestari dari Perpustakaan dan Kreavitec dari Fakuilti Senilukis dan Senireka akan mewakili UiTM (Perak) ke Konvensyen KIK UiTM kali ke-17 Tahun 2012
- Tarikh : 8 - 11 Disember 2012 (Sabtu - Selasa)
- Tempat : Bukit Gambang City, Resort, Gambang Pahang.
- Penganjur : UiTM Pahang
- Kumpulan KIK BESTARI, UiTM Perak
- Kumpulan KIK ADAM, UiTM Perlis
- Kumpulan KIK KREAVITEC, UiTM Perak
- Kumpulan KIK JERAMI, UiTM Kedah
- Kumpulan KIK BFIT, UiTM Kedah
- Kumpulan KIK PARADIGMA, UiTM Kelantan
- Kumpulan KIK PINNACLE, UiTM Pahang
- Kumpulan KIK KREAVASI, UiTM Kelantan
- Kumpulan KIK REACH, UiTM Pahang
- Kumpulan KIK IQRA', UiTM Pahang
- Kumpulan KIK C-NAR UNGU, UiTM Terengganu
- Kumpulan KIK C7, UiTM Terengganu
- Kumpulan KIK FASTMAX, UiTM Kelantan
- Kumpulan KIK OPTIMUS, Pusat Latihan, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK BARA, Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK FANTASTIC 8, Pusat Kesihatan, HEP, UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK PELANGI, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK 1Q, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK I-CARE, Pusat Kerjaya & Kaunseling, HEP, UiTM Shah Alam
- Kumpulan KIK BELIAN, UiTM Sarawak
- Kumpulan KIK UK5, UiTM Sabah
- Kumpulan KIK AKAR, UiTM Johor
- Kumpulan KIK INFO TEAM, UiTM Johor
- Kumpulan KIK SEVEN, UiTM Melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)























