20:09:00 Anonymous
Parit, Perak - Pada 19/11/2016 yang lalu, pihak PTAR UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin. Seramai 10 orang kakitangan PTAR, seorang pelajar latihan industri dan 5 orang pelajar UiTM Perak yang turut sama mengikuti program ini.
Program ini bertujuan untuk menambahbaik pusat sumber yang terdapat di Bait Al-Amin, disamping mengadakan aktiviti/permainan bersama anak-anak disana. Penglibatan anak-anak seramai 40 orang ini amat menggalakkan. Jelas terpampang di riak wajah mereka keceriaan dan kegembiraan mengikuti program ini.
 |
Aktiviti penambahbaikan pusat sumber Bait Al-Amin
|
 |
Aktiviti-aktiviti di sepanjang program |
 |
Merakamkan kenangan bersama Encik Rozelan Zamzuri (Pengerusi Bait Al-Amin) |